Pistia stratiotes

Kiambang[1] atau Pistia stratoites L.[2] [3]ialah tumbuhan akuatik[4] yang timbul di permukaan air. Pokoknya yang seakan akan pokok kobis menyebabkan orang melayu memanggilnya kobis air.[perlu rujukan] Batang dan tangkai keladi ini tak nyata. Tunas daun baru terbentuk pada pangkal daun lama membentuk susunan spiral dan rapat. Daunnya berbentuk kelopak bunga beralun menegak. Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin dan berbulu di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari induk dan terpisah dari pokok utama. Oleh kerana ia mudah dijaga dan berbentuk cantik ia selalu digunakan sebagai pokok hiasan di seni laman akuatik. Pokok ini boleh dijumpai di kawasan beriklim tropika. Ia tersebar dari industri seni laman akuatik. Bagi negara yang tiada haiwan kawalan biologi, pokok akuatik ini menjadi tumbuhan penakluk. Tumbuhan ini amat mudah membiak menyebabkan gangguan sistem tali air. Ia boleh menyumbat lubang laluan air dan boleh mengakibatkan bencana banjir. Dalam seni laman air tumbuhan ini mesti sentiasa dipantau kerana jika tidak akan menyebabkan kesusutan air yang pantas. Ia juga cepat meliputi permukaan air, seterusnya tumbukan dasar air dan tumbuhan zon litoral, pelagik dan bentik tidak dapat cahaya matahari dan tidak dapat berfotosintesis. Akibatnya kandungan oksigen dalam air menjadi rendah dan mempengaruhi ekosistem laman akuatik tersebut.Kebaikan tumbuhan ini, ia menyediakan tempat perlindungan kepada rega ikan yang baru menetas[5].